Bahan-bahan:

  • Telur asin (Duck egg yolk)
  • Mentega
  • Daun kari
  • Cili padi
  • Udang
  • Telur
  • Tepung jagung
  • Minyak masak
  • Susu penuh krim

 
Cara-cara memasak:

  1. Bersihkan udang dan buang kulit udang.
  2. Hancurkan telur asin.
  3. Celupkan udang ke dalam telur yang telah dipukul dan kemudian salutkan tepung jagung untuk digoreng.
  4. Untuk kuah salted egg, masukkan mentega ke dalam kuali, tumiskan cili padi dan daun kari sehingga naik bau wangi.
  5. Selepas itu, campurkan telur asin yang telah dihancurkan, masuk kan susu penuh krim. Jika anda inginkan kuah yang lebih, masukkan lebih susu penuh krim.
  6. Gaulkan sehingga rata sehingga sebatian mendidih dan pekat.
  7. Tuangkan kuah ke atas udang yang telah digoreng tadi.

Selamat mencuba!