Bahan-bahan:

  • Minyak zaitun
  • Bawang putih Garlic
  • Bawang besar
  • Capsicum hijau
  • Capsicum merah
  • Pasta spaghetti
  • Garam secukup rasa
  • Daun parsley cincang

 
Cara-cara memasak:

  1. Potong bawang besar, bawang putih dan capsicum.
  2. Cincang halus daun parsley dan cili padi.
  3. Rebuskan pasta di dalam air mendidih yang telah dicampurkan sedikit minyak zaitun.
  4. Masukkan sedikit minyak zaitun, tumiskan bawang putih, bawang besar serta capsicum sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi untuk rasa sedikit pedas.
  5. Selepas itu, masukkan pasta dan tambah garam secukup rasa. Taburkan daun parsley yang telah dicincang halus dan gaul sebati.

Selamat mencuba!